Jumaat, 9 November 2018

Kali ke 3

Hari ini aku belajar apakah itu perjuangan, maksud aku bukan perjuangan berkorban di medan perang ataupon pelajaran tapi perjuangan untuk teruskan hidup walaupun di kecewa kan berkali-kali. kadang2 pelikkan nak bercerita tentang perkara2 macam ni tapi aku just share pengalaman aku sebab setengah orang berhenti untuk hidup kerana di kecewakan.

Kali ni aku nak cerita tentang orang ke tiga yang aku harap adalah orang terakhir dalam list peneman hidup untuk dijadikan isteri..
Okay aku jujur, before aku kenal orang ketiga aku ada 2 kali bercinta tapi pengakhiran yang sama, aku tetap dikecewa, kadang2 persoalan selalu bermain di fikiran aku bercampur dengan emosi yang entah datang dari mana yang akan buatkan hidup aku selalu resah, sedih, kecewa, tapi untuk orang yang ketiga ataupun aku berharap dia orang terakhir dia seorang yang Allah hantar sebagai satu nikmat dan ujian ataupun buleh dikatakan nikmat Allah dalam ujian.

Okay, dari sini bermulanya perkenalan aku dengan dia. AKu kenal dia sebagai seorang kawan, kawan untuk team silat aku di uni aku. Nak dijadikan cerita, aku ni pon bermain silat tapi silat olahraga. Antara sebab aku masuk silat, aku berharap Allah mudahkan aku dengan seni pertahan diri or ilmu yang aku dapat dari silat untuk untuk lindung orang yang aku sayang termasuk keluarga aku yang tercinta. Jadi dari sini episode hidup aku mula berubah sikit demi sikit.

Pada pandangan aku, dia tidaklah terlalu cantik tapi aku percaya satu pengangan, cantik luaran bukan segalanya dan tu buktikan aku terima dia bukan pada luaran dia tapi diri dia. Aku seorang yang tak mudah tertarik pada luaran. Maybe aku akan pandang perempuan tapi pandangan aku bukan menunjukan aku minat or anything tapi just padangan kosong but tulah perempuan, pantang nampak partner pandang perempuan lain terus fikir lain but diorag bolah pulakkan.. 😏 tepuk dada tanya diri (huhu). But tulah menunjukan dia sayang aku, pada mula maybe aku rimas bila ada pasangan yang kuat cemburu tapi aku selalu tanya diri, cemburu tanda cinta tapi perlu ada dengan kepercayaan. Jadi aku mula sikit2 terima sikap dia tu, lama2 aku jadi jaga pandangan aku. yee.. hidup dia dalam hidup aku sedikit sebanyak mangajar juga something pada aku.

Aku kenal dia seorang yang pendiam pada mulanya, dia jenis just bertegur dengan orang yang dia kenal or dia nak kenal and dia seorang yang friendly but something wrong dengan kawan-kawan dia mostly lelaki. Hmm.. tu buatkan aku selalu insecure bila jadi partner dia antara sebab aku tak suke bercinta dengan orang yang cantik or terkenal sebab terlalu ramai lelaki yang nak mencuba nasib even lelaki tu sudah ada pasangan. Jadi aku cuma berharap dan sentiasa doa dia jadi yang terakhir untuk aku. Tapi hidup ni kita mampu merancang tapi Allah menentukan. Aku tak boleh salahkan takdir atas apa yang berlaku. Then, dari team silat tu aku mula rapat sikit demi sedikit tapi time tu aku tahu dia memang ada partner dia. Budak sama kelas but bagi aku its okay berkawan dan aku pon anggap dia kawan kalau dia jadi partner aku pon aku bukan jenis kuat cemburu, yang penting dia tahu jaga diri and kepercayaan aku. But after beberapa bulan, hubungan dia dengan partner dia terganggu. aku pon tak tahu sebab apa tapi yang aku tahu bukan sebab aku maybe ada topik antara diorang. Yang aku tahu partner dia tu kuat jeles.

After that episode, ak dijadikan cerita diorang break. Break berpunca dengan sikap ego masing2.. tu yang aku tahu. Masing2 bebalas untuk menentukan nasib masing2. After that, aku pelik satu perkara dengan dia.. dia boleh hidup dengan lupakan semua apa yang jadi.. maybe hidup dia terlalu sedih untuk diingat. Sometime we need to learn forgeting to live.. aku faham apa yang jadi pada hidup dia.. then aku tahu dia perempuan yang kuat dan dari situ aku start untuk tahu dia tu jenis macam mana but something yang buat aku perasan tentang dia, dia mula untuk lebih dekat dengan aku or lebih rapat,  aku nampak effort dia untuk rapat dengan aku tu. That my ability.. maybee.. huhu.. aku senang untuk nampak action in emotion.. entahlah nak explain pon tak reti.. ibarat kawan kaw sedih ke but aku senang nampak but aku jenis face to face untuk bercerita.. thats me.. but sometime kadang2 aku pun ada masa down, time tu jangan harsp aku untuk faham orang lain sebab aku perlu faham keadaan aku dulu 😅. Dari situ aku start hati aku berbunga, tapi masih ada persoalan dalam minda aku, aku masih tak tahu dia jenis perempuan yang macam mana.

Selepas hari2 seterusnya, kita orang mulalah episode cinta. Aku mula dari seorang kawan hinggalah bercinta. Bagi aku bercinta bukan satu permainan ataupon untuk mengisi masa lapang tapi bercinta tu satu pengorbanan taupon komitmen yang perlu kaw tambah dalam hidup dan tu buatkan aku bukan jenis yang suka cari pasangan dan lebih suka single sambil fokus kejaya aku. Dari situ dia termasuklah dalam list untuk dijadikan pasangan, aku mula percaya dia sepenuh hati aku dan aku percaya dengan mana2 lelaki pon dia cuma kawan. Itu buatkan aku tak halang dia untuk berkawan dengan sesiapa sebab aku percaya dia dan macam tu juga dia tapi mula2 normalah dialah orang paling kuat cemburu even aku bergurau manja dengan kawan lelaki aku, kadang2 bila kenangkan balik perangai dia buatkan aku tergelak sorang. Sikit2 aku kenal dia tu macam mana dan dia mula untuk percaya aku dengan cerita semua tentang hidup dia dari first dia mengenal erti cinta sampailah dia jumpa aku jadi aku ni bukanlah orang pertama yang dia bercinta tapi untuk aku aku tak kisah aku no. berapa dalam list dia yang penting aku orang terakhir dalam hidup dia dan orang yang akan jaga hidup dia sehidup semati. Jadi dari situ aku tahu seluruh cerita dia macam dia di permainkan harapan dan hati, macam lelaki ambil keselamatan dari kelemahan dia but dari seluruh kisah sedih hidup dia dari zaman kegelapan dia sampailah dia jumpa aku. Aku terima dia seadanya dan seikhlas hati aku tanpa aku tanya kenapa. Jadi aku tahulah dia ni perempuan yang macam mana tapi kalau untuk orang yang jenis cari yang kesempurna or ada segalanya orang tu mesti takkan terima dia. Untuk aku, aku terima dia kerana aku berazam dalam hati aku nak jaga dia sehidup semati aku dan aku nak dia berubah jadi lebih baik dengan aku. Aku mengaku aku bukan seorang yang tinggi ilmu agama tapi yang aku tahu aku memang tak pernah sentuh bukan muhrim aku.

Dari sini, hidup aku semakin mencabar. Aku tak tahu aku kenal dia or tak sebenarnya. Dia ibarat menambah persoalan difikiran aku, kadang2 aku tak tahu macam mana nak percayakan dia. Aku cakap macam ni ada sebab tapi aku tannak cerita. Aku mula tak buleh nak bezakan dia kalau dia tipu aku or jujur dengan aku but aku tetap percayakan dia dalam hati aku bialah nampak bodoh sebab percaya tapi oneday dia akan tahu aku percaya bukan sebab aku tak terfikir tapi aku percaya sebab cinta. Sikit2 dia mula tunjuk diri dia but aku tetap terima sikap dia.. yee aku berazam nak didik dia jadi seorang yang solehah even hidup dia terlalu sakit untuk diukir dan tu bukan alasan untuk aku tak terima dia dan percaya dia. Tak ramai lelaki yang ikhlas kalau tahu tentang hidup dia tapi niat aku ni Allah saja tahu.

Suatu hari, kita orang gaduh.. mula2 gaduh sikit2.. kadang2 aku tertanya kite orang gaduh disebabkan perkara remeh but mostly memang aku mengalah setiap kali gaduh even aku tak tahu kenapa aku mengalah, maybe sebab aku tannak besarkan topik yang kecil. But she still the one i choose in my heart fr being wife, then perkara jadi rumit.. kadang2 aku selalu kena mara dan dia tengking aku tapi aku tak Pernah tinggi suara dari dia dan aku tak pernah balas dia dengan apa2 melainkan aku cume nasihat satu je, aku pesan supaya bersabar dan kadang dia ada mengata aku but aku tannak ingat tentang keburukan orang.. thats me.. jadi selepas je gaduh aku terus lupakan apa yang jadi sebab aku tannak gaduh lagi but she not, dia still ingat even aku ada buat salah walaupun aku buat tu bukan sengaja.

Nak di pendekan cerita, dia sendiri tahu macam mana aku berkorban dan bersusah untuk jaga dia, ada masa dia sakit, ada masa dia tak ada duit, dan kalau dizinkan Allah untuk aku ada setiap kali dia susah aku sanggup tolong walaupun ia perlukan pergorbanan dan masa sebab aku betul2 sayang dan cinta kerana Allah. Tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku.

Sampailah satu saat, kite orang balik untuk cuti sem dan keadaan macam biasa tapi ada sesuatu yang aku tak tahu apa sebalik hati dia dan dalam waktu cuti tu aku terus jumpa parents dia dan berkenalan dengan family dia. Sebab aku pernah cakap aku nak berkahwin dengan dia, yee keluarga dia keluarga yang senderhana sama macam keluarga aku dan tu antara alasan aku berkerja sambil belajar dan aku terpaksa strugle dengan belajar aku.. aku bukan jenis yang pandai and skor setiap kali exam.. aku jenis yang slow.. tapi bila aku ingat aku mampu ingat lebih lama dari orang lain.. aku rasa bukan aku sorang je tahu tentang ni.. tapi antara sebab aku berkerja sambil belajar aku tannak susahkan parent aku semata untuk bagi duit pada anak dia ni. Dalam waktu cuti tu aku bekerja sambilan sebab aku nak kumpul duit, yee duit tu untuk perkahwinan aku.. walaupun sepatutnya waktu cuti waktu untuk aku spend time dengan family aku tapi aku dah janji untuk berkahwin dengan dia. Masa aku nak kerja ibarat Allah permudahkan, tapi ada yang cuba merumitkan.. yup.. pasangan aku sendiri.. dia berubah sekelip mata dalam tempoh cuti tu. Dia tahu aku bekerja untuk kumpul duit kahwin, dia tahu aku ikhlas dengan dia, dia tahu aku percaya dia, dia tahu aku serius hubungan dengan dia, tapi hati dia.. dia simpan seseorang selain aku.. dia berjanji tapi dia mungkiri, masa tu bila aku tahu dia nak tinggalkan aku tanpa sebab hati aku jadi kosong.. aku rasa macam aku tak bernafas. Dalam kisah hidup dia, dia ada cerita semua orang yang dia pernah cinta tapi semua tinggalkan dia but untuk cerita aku.. aku di tinggalkan, aku percaya dia, aku yakin dengan dia tapi dia balas dengan memberi sayang tapi dia juga yang memberi derita. Aku selalu salahkan diri aku, sebab aku persoalkan apa yang berlaku.. adakah salah aku dia jadi macam ni? Apa yang aku buat? Terlalu banyak kata2.. selama 2 bulan aku bercuti 2 bulan aku merana. Aku tahun Allah saja tampat mengadu tapi hati aku terlalu banyak nanah dan ia perlu di keluarkan. Aku perlukan tempat untuk cerita dan orang pertama aku cerita my ummi.. Then my bff..

Jadi aku pendekan cerita, dari apa yang jadi, aku belajar sesuatu. Janji bukan lagi alasan or bukti untuk mengatakan seseorang itu setia dan hidup bersama tapi usaha atau effort someone.. aku mula sedar selama aku dengan dia cuma aku yang terlalu beriya untuk bekerja halalkan dia. Tapi dia tinggalkan aku dalam keadaan aku perlukan kata2 semangat. Dia lupakan aku dalam beberapa hari tapi aku menderita berbulan bulan. Aku redha apa yang jadi tapi apa yang berlaku ni aku tak mampu lupakan.. sebab Allah hadiahkan aku satu parut dalam hati dan fizikal aku.. dalam masa yang sama hati aku terluka oleh pasangan aku dan dalam masa sama ak eksiden dalam masa aku cari duit untuk halalkan dia. Aku eksiden tapi rahsiakan dari dia.. sebab aku tannak dia risau tentang aku tapi aku tak sedar..  tu cuma imaginasi aku dan sekarang aku bangkit dan aku sedar.. kite merancang Allah menentukan.. dan pegang prisip ini.. janji bukan bukti setia, gajah bila hidup memijak semut tapi bila mati semut memakan gajah, orang baling batu kita beri bunga, bila kita sakit bukan alasan untuk kita mnyakinkan yang lain, cinta tu pengorbanan bukan kata2, dalam cinta ada 2 ia kepercayaan dan kesetiaan, jangan salahkan api jika kita terbakar tapi salahkan diri kerana kita yang menyalakan api, kalau terbakar oleh api yang sama bukan menyalahkan api tapi belajar dari kesilapan kerna tetap terbakar jika tidak belajar dari kesilapan, semua orang perlukan peluang kedua untuk bahagia, dan yang terakhir.. Aku sudah lakukan yang terbaik bia Allah menilainya jangan kaw kerna kaw cuma tahu mnyakiti.

Kisah hidup aku,
Abu

Rabu, 4 Mei 2016

BERLARI lah..

"weyy.. minggu depan ada event bes oo..,kaw tanak join ke?"

"event ape tu.. macam best je, bole je aku nak join"

"ada event larian. mehh lahh.."
*buat muke comel sikit

"haha.. yelah2.. sebab member, no hal la bro.."
*aku harap bila aku susah nanti kaw pon tolong aku bro.. :)

setelah abis dari event berikut, hari berganti hari, si abu ini pun rasa berkeinginan seperti kawannya untuk memasuki semua event larian, kalau bole.. semua event larian dia nak masuk, mungkin terpengaruh la agaknya,
Pada asalnya, niatnya hanya ingin meneman si kawan, tapi sering di ajak, maka dia pun terikut, itulah kuat nye talian persahabatan, tiada yang dapat memisahkan dua insan jika bersahabat melainkan izin nya,

tetapi, di sesuatu ketika, si abu terdetik berfikir di dalam hati..

*sampai bila aku mahu berlari, ?
berapa banyak lagi event yang aku nak msuk?
aku masuk banyak event pun, bukan lah aku dalam tempat pertama,kedua mahupun ketiga,
tapi aku antara di pertengahan,
sampai bilakah nak berlari,
kalau aku lari sejauh mana pun kalau amalan aku tak cukup,
aku tetap tak mampu lari dari azab Allah swt.
aku lari sehingga rasa penat pun aku tetap tak bole melepasi titian as-sirat, jikalau amalan tu terkontang kating, aku rasa cukuplah sampai sini, aku mahu berehat, berehat dari mengejar dunia,
sahabat.., aku bukan menganiaya kaw, tapi aku perlu masa mengenali diri, bila aku dah bersedia dan tehu bahawa diri ini, aku akan ajak kaw bersama macam mana kaw ajak aku dulu untuk berlari bersama, tapi bukan berlari di atas dunia.. cuma berlari dari di timpa azab Allah diakhirat, inn sya Allah.

Sekian lama abu berdialog diri, dia membuat keputusan dan memberi tahu kawan nya, dia mahu berhanti berlari.. tetapi dia tetap akan teman kawanya itu jika mahu mnyertai acara sebegitu.
sahabat.. kita tak akan terpisah.. :)
-M.ABUDZAR









PUISI buat PEREMPUAN CURANG..

Perempuan, engkaw pendusta.. kaw bicara ibarat pari-pari berkata manis,
manisnya lagi dari manis sang manisan,
kaw berkata dari mulut bahawa kaw berkata jujur,
tapi di sebalik kejujuran tersimpan niat jahat,
untuk menghina sang lelaki kerdil yang tidak tahu apa-apa,
kaw menjanji kan kebahagian lebihkan dari sang ibu berkata harap,
kaw menyelindungkan harapan desebalik janji yang beri,
sekian lama kaw rasa jemu..
kaw meningalkan tanpa rasa bersalah,
kaw memberi harapan dan kaw berjanji dusta,
kaw seorang yang berhijab, menampilkan akhlak mulia,
tapi hati kaw masih busuk,
bukan busuk dari pandangan tapi busuk dalam membentuk diri,
aku disini bukan ingin mengambil kesempatan ,
tapi aku mahu bersama mnyaigi hidup yang dusta ini
dalam mencari kebenaran yang tulus,
tapi kaw tinggal aku, tanpa poerasaan,
kaw pergi bersama laki sang sempurna,
yalahh.. aku sedar diri,
aku bukan sang sempurna, kerna ku hanya manusia biasa penuh dosa dan celaka,
kaw mencari si dia yang sempurna, tapi lupa
ada yang dibelakang samggup menerima mu seadanya kekurangan mu,
pergilah kaw.. jangan sekali datang lagi, aku terima kaw.
bukan kerana keinginan aku, tapi perasaan yang tak tahu dari mana arahnya,
ku berdoa semoga perasaan ni bukan datangnya dari neraka tapi dari Allah,
Hanya mampu berdoa.. terima kasih kamu, sang curang..
-M.ABUDZAR

#"Kalau kau merasa berkuasa tuk membuat aniaya kepada hamba Allah,ingatlah bahwa Allah lebih berkuasa membalasnya." (Khalifah Abu Bakar r.a)





















Selasa, 3 Mei 2016

KAWAN SAHABAT.......

Hari ini, aku berjalan sendiri tanpa kawan..
Tapi bukan bermakna aku tiada kawan,
tetapi aku sedar kawan-kawan aku
seorang yang berjaya memerlukan masa dengan kerjaya dan rehat,
aku tidak mahu menganggu,
kesudahan nya, sejauh mana pun aku dengan meraka,
lama manakah tempoh dimakan masa,
kaw susah ataupun senang kaw tetap kawan aku,
kaw kawan .. itu lah sahabat aku,
Bila kaw berjaya. aku berharap jangan lah sekali kaw melupakan aku,
Walaupun kaw punya sejarah silap yang perit
bukan bermakna aku kaw tidak sempurna,
kerana aku lebih merasa diri ku tetap hina,
kerana kaw kawan, aku mencintai kaw sebagaimana aku mencinta diri ku,
itulah iman
Kita sahabat.. untuk ke syurga,


(paling belakang, haha.) bila kaw di belakang
bukan bermakna kaw ada di belakang tapi kaw perlu kedepan.huhu
#sory, time ni memang aku tak bole ke depan.. gamba je pon
#peace yoo.. huhu


-M.ABUDZAR

Puisi DiriKu..

Bicara diriku..
ada antara yang berbicara bak sang pendakwah 24 jam,
tapi ada juga yang masih mendengar musik ( segenlintir) ,
aku tidak mengatakan semua ,
islam tidak mengharamkannya..
Dalam islam, hiburan bukan penghalang seseorang untuk berdakwah disamping berseronok.
Jadi aku menceritakan,
dengaralah lagu yang membuatkan pemikiran kita menjadi lebih matang dan berfikir out of box,
who know, we can changes that , for our self.
Yup, we can't change other but we can change
our self..
Aku berbicara, bukan aku ini budak pendakwah..
tetapi aku juga berkeinginan begitu.
Tapi siapakah aku, aku budak yang dikelilingnya manusia penuh dusta,
kata manis berbicara tetapi penuh pahit di belakang,
aku tidak menuduk aku tidak menfitnah..
tapi aku percaya Nabi Muhammad yang semulia manusia juga
ada mereka celaka yang mengutuk.
Mengapakah aku mengatakan aku tidak.
Aku di sindir tanpa di tahu apa kah keadaan aku,
Aku diberi harapan tetapi penuh dusta,
wanita berpakaian sopan menutup aurat ,
sopan itu sama lagikan tubuh nya tidak mampu dilihat,
dan tetutup rapi, tapi apakah daya.
hati manusia siapa tahu..
luaran kita nilai seorang yang mulia kedudukan syurga
tapi hati mungkin sekeji yang menghina lain
dan mementingkan diri.
Aku sang mangsa dari pemangsa pendakwa..
yang berkata mulia tetapi berdusta . Itulah Munafik...


#Aku ingin berubah bukan kerana dia,
tetapi aku mahu kerana dia yang esa.

-M.ABUDZAR

Khamis, 28 April 2016

KISAH 10 SAHABAT YANG DIJANJI SYURGA OLEH BAGINDA RASULALLAH

Assalamualaikum..
hari ini aku nak kongsi sedikit kisah para sahabat rasulallah yang sentiasa dalam ingatan pejuang islam dan umat islam, ramai antara kita yang masih tidak kenal nama-nama para sahabat , mungkin ada yang mengenali tetapi tidak tahu kisah di sebalik pengorbanan dan perjuangan mereka dalam islam,

Okay, aku nak list kan dahulu 10 nama para sahabat yg telah dijanjikan oleh Rasulallah. antaranya:
1. Abu Bakar as Siddiq ra
2. Abu Hafs Umar bin Khatab ra
3. Abu Abdullah Ustman bin Affan ra
4. Abu al Hasan Ali bin Abi Thalib ra
5. Abu Muhammad Thalhah bin Ubaidillah ra
6. Abu Ubaidillah Zubair bin Awwam ra
7. Sa’ad bin Abi Waqas ra
8. Abu al ‘Awar Said bin Zaid bin Amr ra
9. Abu Muhammad Abdurrahman bin Auf bin Abdi Auf ra
10. Abu Ubaidah Amir bin Abdullah bin al Jarrah ra
Hakikatnya, ramai lagi para sahabat yang telah di janjikan syurga oleh baginda Rasulallah , tetapi 10 nama yang tersenarai ini adalah nama yang paling diyakini tentang kedudukan mereka di syurga.
Ikuti kisah seterusnya,...

Kisah singkat 10 Sahabat Radhiallahu Ta'ala Anhum :-

Abu Bakar bin Abi Qohafah (As-siddiq) r.a, 
adalah seorang Quraisy dari kabilah yang sama dengan Rasulullah SAW, hanya berbeza keluarga. Bila Abu Bakar r.a berasal dari keluarga Tamimi, maka Rasulullah SAW berasal dari keluarga Hasyimi. Keutamaannya, Abu Bakar r.a adalah seorang pedagang yang selalu menjaga kehormatan diri. Ia seorang yang kaya, pengaruhnya besar serta memiliki akhlak yang mulia. Sebelum datangnya Islam, beliau adalah sahabat Rasulullah SAW yang memiliki karakter yang mirip dengan Rasulullah SAW. Belum pernah ada orang yang menyaksikan Abu Bakar r.a minum arak atau pun menyembah berhala. Dia tidak pernah berdusta. Begitu banyak kemiripan antara beliau dengan Rasulullah SAW sehingga tak hairan kemudian beliau menjadi khalifah pertama setelah Rasulullah SAW wafat. Rasulullah SAW selalu mengutamakan Abu Bakar r.a berbanding para sahabatnya yang lain sehingga nampak menonjol di tengah -tengah orang lain.
Rasulullah SAW bersabda : "Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan seluruh umat nescaya akan lebih berat keimanan Abu Bakar." (HR. Baihaqi)

Al Quran pun banyak mengisyaratkan sikap dan tindakannya seperti yang dikatakan dalam firman-Nya, surah Al Lail ayat 5-7, 17-21. Surah Fushilat ayat 30. At Taubah ayat 40. Dalam masa yang singkat sebagai Khalifah, Abu Bakar r.a telah banyak memperbaharui kehidupan kaum muslimin, memerangi nabi palsu, dan kaum muslimin yang enggan membayar zakat. Pada masa pemerintahannyalah penulisan Al Quran dalam lembaran-lembaran dimulai.

Umar Ibnu Khattab r.a
ia berasal dari kabilah yang sama dengan Rasulullah SAW. Umar r.a masuk Islam setelah bertemu dengan adiknya Fatimah r.a dan suami adiknya Said bin Zaid r.a pada tahun keenam kenabian. Dan sebelum Umar r.a memeluk Islam, telah ada 39 orang lelaki dan 26 wanita yang memeluk Islam. Di sisi kaumnya Umar r.a dikenali sebagai seorang yang pandai berbincang, berdialog, memecahkan permasalahan serta berwatak kasar. Setelah Umar r.a masuk Islam, dakwah kemudian dilakukan secara terang-terangan. Begitupun di saat hijrah, Umar r.a adalah segelintir orang yang berhijrah dengan terang-terangan. Ia sengaja berangkat pada siang hari dan melewati rombongan Quraisy. Ketika melewati mereka, Umar r.a berkata, "Aku akan meninggalkan Mekah dan menuju Madinah. Siapa yang ingin menjadikan ibunya kehilangan puteranya atau ingin anaknya menjadi yatim, silakan menghalang aku di belakang lembah ini!" Mendengar perkataan Umar r.a tak seorang pun yang berani mencegah Umar r.a. Banyak pendapat Umar r.a yang dibenarkan oleh ALLAH SWT dengan menurunkan firman-Nya seperti saat peristiwa kematian Abdullah bin Ubay, ataupun saat penentuan perlakuan terhadap tawanan perang Badar, pendapat Umar dibenarkan ALLAH dengan turunnya ayat 67 surat Al Anfal.
Sebagai khalifah Islam yang kedua, Umar adalah seorang yang sangat menitikberatkan kesejahteraan rakyatnya, sampai setiap malam ia berkeliling kerana khuatir masih ada yang belum dipenuhi keperluannya. 

Utsman bin Affan r.a. 
Terdapat sebuah Hadith yang menggambarkan keperibadian Utsman r.a: "Orang yang paling berkasih sayang di antara ummatku adalah Abu Bakar, dan paling teguh dalam menjaga ajaran ALLAH adalah Umar, dan yang paling bersifat pemalu adalah Utsman." (HR Ahmad, Ibnu Majah, Al Hakim, At Tirmidzi). 
Utsman r.a adalah seorang yang sangat dermawan. Dalam sebuah persiapan pasukan, pernah Utsman r.a yang membiayainya seorang diri. Setelah kaum muslimin berhijrah. Di saat menhadapi kesulitan air, Utsman telah yang membeli sumur dari seorang Yahudi untuk kepentingan kaum muslimin. Pada masa kepemimpinannya Utsman r.a merintis penulisan Al Quran dalam bentuk mushaf. Dari lembaran-lembaran yang mulai ditulis pada masa pemerintahan Khalifah Abu Bakar r.a.

Ali bin Abi Talib r.a
merupakan sepupu Rasulullah SAW dan kanak-kanak pertama yang masuk Islam. Beliau yang menggantikan posisi Rasulullah SAW di tempat tidurnya saat Baginda berhijrah. Semasa berlakunya perang Badar, Ali r.a menumpaskan seorang jaguh Quraisy iaitu Walid ibni Utba. Beliau mengahwini Fatimah r.a, anak Rasulullah SAW. Ketika itu beliau berumur 25 tahun dan Fatimah berumur 18 tahun. Kerana kemiskinannya Ali r.a menjual baju besi perangnya untuk dijadikan mahar. Walaupun begitu para sahabat lain seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Utsman dan Saidina Abdurrahman bin Auf berbesar hati mengeluarkan perbelanjaan majlis perkahwinan kedua pengantin itu demi memuliakan Rasulullah SAW, kekasih yang amat mereka cintai.

Talhah bin Ubaidillah r.a 
beliau yang pada perang Uhud terkena lebih dari tujuh puluh tikaman atau panah serta jari tangannya putus. Namun Talhah r.a yang sangat berani dan kuat inilah yang menjadi perisai melindungi Rasulullah S.A.W di saat-saat genting, beliau memapah Rasulullah S.A.W yang tubuhnya telah berdarah menaiki bukit Uhud yang berada di hujung medan pertempuran saat kaum musyrikin pergi meninggalkan medan peperangan kerana menganggap bahawa Rasulullah SAW telah wafat. Saat itu Talhah r.a berkata kepada Rasulullah SAW, "Aku tebus engkau ya Rasulullah dengan ayah dan ibuku." Nabi SAW tersenyum seraya berkata, "Engkau adalah Talhah kebajikan." Sejak itu beliau mendapat julukan Burung Helang hari Uhud. Rasulullah SAW pernah berkata kepada para sahabatnya, "Orang ini termasuk yang gugur dan barang siapa yang senang melihat seorang yang syahid berjalan di muka bumi maka lihatlah Talhah."

Azzubair bin Awwam r.a 
Beliau adalah sahabat karib Talhah r.a. Beliau memeluk Islam pada usia 15 tahun dan berhijrah pada usia 18 tahun. Dengan seksaan yang dia terima dari pakciknya sendiri. Kepahlawanan Azzubair ibnu Awwam r.a terlihat dalam perang Badar saat ia berhadapan dengan Ubaidah bin Said Ibnul Ash. Azzubair ibnu Awwam r.a berhasil menombak kedua matanya sehingga akhirnya ia tersungkur tak bergerak lagi, hal ini membuat pasukan Quraisy ketakutan.
Rasulullah sangat mencintai Azzubair ibnu Awwam r.a. Beliau pernah bersabda, "Setiap nabi memiliki pengikut pendamping yang setia (hawari), dan hawariku adalah Azzubair ibnu Awwam." 
Azzubair ibnu Awwam r.a adalah suami Asma binti Abu Bakar r.a yang menghantarkan makanan pada Rasulullah SAW saat Baginda berhijrah bersama ayahnya. Pada masa pemerintahan Umar r.a, saat panglima perang menghadapi tentera Romawi di Mesir. Amr bin Ash r.a meminta bala bantuan pada Amirul Mukminin. Umar r.a mengirimkan 4000 tentera yang dipimpin oleh 4 orang panglima, dan ia menulis surat yang isinya, "Aku mengirim empat ribu tentera bantuan yang dipimpin oleh 4 orang sahabat terkemuka dan masing-masing bernilai 1000 orang. Tahukah anda siapa empat orang panglima itu? Mereka adalah Ubadah ibnu Assamit, Almiqdaad ibnu Aswad, Maslamah bin Mukhalid, dan Azzubair bin Awwam." Demikianlah dengan izin Allah, pasukan kaum muslimin berhasil meraih kemenangan. 

Abdurrahman bin Auf r.a
Beliau adalah seorang pedagang yang berjaya. Namun saat berhijrah dia meninggalkan semua harta yang telah dia usahakan sekian lama. Namun selepas berhijrah ke Madinah, beliau kembali menjadi seorang yang kaya raya. Dan saat beliau meninggal, wasiat beliau adalah agar setiap peserta perang Badar yang masih hidup mendapat 400 dinar. Sedangkan yang masih hidup saat itu hanya sekitar 100 orang, termasuk Ali r.a dan Utsman. r.a. Beliau pun berwasiat agar sebahagian hartanya diberikan kepada Ummahatul muslimin, sehingga Aisyah r.a berdoa: "Semoga Allah memberi minum kepadanya air dari mata air Salsabil di syurga."

Saad bin Abi Waqqash r.a. 
Beliau adalah orang yang mula-mula melepaskan anak panah pertama dalam membela agama ALLAH dan juga orang yang mula-mula terkena anak panah. Seorang yang keislamannya sangat dikecam oleh ibunya, namun tetap tabah, dan kukuh pada keIslamannya. Saad bin Abi Waqqash r.a memeluk Islam sewaktu berusia l7 tahun, dan keislamannya termasuk yang terdahulu di antara para sahabat. Hal ini pernah diceritakannya sendiri, katanya:
"Pada suatu saat saya beroleh kesempatan termasuk 3 orang pertama yang masuk Islam." 
Maksudnya bahawa beliau adalah salah seorang di antara tiga orang yang paling awal masuk Islam. Sesungguhnya Saad bin Abi Waqqash r.a adalah pakcik Nabi SAW juga. Kerana dia adalah dari Bani Zuhrah sedangkan Bani Zuhrah adalah keluarga Aminah binti Wahab, ibunda Rasulullah SAW. 

Said bin Zaid r.a, 
Beliau adalah adik ipar Umar r.a. Adalah orang yang dididik oleh seorang ayah yang beroleh hidayah Islam tanpa melalui kitab atau nabi mereka seperti halnya Salman Al Farisi r.a, dan Abu Dzar Al Ghifari r.a. Banyak orang yang lemah berkumpul di rumah mereka untuk memperoleh ketenteraman dan keamanan, serta penghilang rasa lapar, kerana Said bin Zaid r.a adalah seorang sahabat yang sangat dermawan dan murah hati.

Abu Ubaidah Ibnu Jarrah r.a,
Beliau yang akhirnya terpaksa membunuh ayahnya saat perang Badar sehingga ALLAH menurunkan ayat Quran surah Al Mujadilah ayat 22. Begitupun dalam perang Uhud, Abu Ubaidahlah yang mencabut besi tajam yang terlekat pada kedua rahang Rasulullah SAW, dan dengan berbuat begitu beliau rela kehilangan giginya. Abu Ubaidah r.a mendapat gelaran dari Rasulullah SAW sebagai pemegang amanah umat, seperti dalam sabda Baginda: "Tiap-tiap umat ada orang pemegang amanah, dan pemegang amanah umat ini adalah Abu Ubaidah Ibnu Jarrah."


Begitulah serba sedikit kisah dan keperibadian 10 sahabat yang telah dijamin masuk syurga oleh ALLAH SWT dan Rasul-Nya SAW di atas sumbangan dan pengorbanan besar mereka terhadap Islam. Mudah-mudahan kita semua mendapat iktibar dan pedoman untuk mengikuti jejak langkah mereka semua. InsyaAllah. Aamin...

Aku mohon maaf jika dari kisah ini ada kesilapan, jika aku ada buat kesilapan maka tegurlah.. kerana kita saling bersaudara, maka janganlah kutuk apa yang tercatit kerana itu bukan yang diajar oleh islam.. Huallahualam..Bismikallah. Assalamualaikum saudara saudari..:)

Selasa, 26 April 2016

Asal Usul “Uncle Sam”

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatu...
Hari ini aku nak kongsi sikit kisah Uncle Sam, aku tertarik nak tahu kisah si manusia ni, mungkin ramai dari kita yang masih tidak tahu kewujudan hamba yang bernama Uncle Sam. okay.. aku malas nak cite panjang-panjang, jadi korang bacelah sendiri yee.. huhu :)




Tidak semua orang mengetahui darimana nama “Uncle Sam” yang menandai ikon Negara Amerika Serikat muncul, bahkan banyak orang yang membuat dugaan-dugaan aneh mengenai makna di balik “Uncle Sam”.
Salah satu informasi di internet dan majalah islam malah menyebutkan bahwa istilah “Uncle Sam” berasal dari Sam anak dari Nabi Nuh yang mendustakan ajakan ayahnya. Lebih lucu lagi ada yang menghubungkan antara “Uncle Sam” dengan Samiri, yang notabenenya adalah pencipta penyembahan terhadap sapi dalam cerita Nabi Musa As.
Saya kira, asumsi ini kelewat berlebihan dan kurang sesuai dengan fakta histories. Pengagum teori ini hanyalah orang-orang yang mempercayai teori konspirasi dengan menghubungkan setiap perubahan atau peristiwa dengan komunitas tertentu yang dianggap amat dominan dan berkuasa serta juga dianggap kelompok yang menyimpang dari ajaran ketauhidan islam (Yahudi). Hanya karena di Amerika Serikat memiliki komunitas yahudi yang dominant, maka kita dengan serius menghubungkan setiap hal yang berhubungan dengan Amerika Serikat dengan yahudi atau freemasonry.
Dalam perspektif historis, maka istilah “Uncle Sam” bukanlah berasal dari kecurigaan di atas. Bahkan narasinya jauh berbeda dan lebih didasarkan kecelakaan memberi istilah dalam sejarah. Istilah “Uncle Sam” sesungguhnya berasal dari nama Samuel Wilson, seorang tukang bungkus daging dari Troy, New York. Samuel Wilson lahir di Arlington (dikenal sebagai Menotomy pada saat tu), Massachusetts, untuk orang tua berasal dari Greenock, Skotlandia. Untuk menandai lokasi dekat tempat kelahirannya. Dibuatlah monumen uncle sam yang terdapat patungnya. Sebagai seorang anak, ia pindah bersama keluarganya ke Mason, New Hampshire. Pada tahun 1789, Samuel dan saudaranya Ebeneezer pindah ke Troy, di mana mereka terjun ke dunia usaha. Tahun 1797, Samuel menikah Betsey Mann dari Mason dan membawanya kembali ke Troy dengan dia. Mereka memiliki empat anak dan tinggal di sebuah rumah di Ferry Street. Samuel Wilson meninggal pada usia 87 pada 1854 dan dimakamkan di Pemakaman Oakwood di Troy.
Adapun istilah “Uncle Sam” berasal dari peristiwa perang 1812. Pada saat Perang 1812, Samuel Wilson, seorang pembungkus daging memperoleh kontrak untuk memasok daging untuk Angkatan Darat dalam Perang sipil di utara. Daging yang dikirim kemudian dikemas dalam tong dan menjadi milik lembaga pemerintah, sehingga diberi identitas inisial “US”. Saat menerima pasokan daging tersebut, muncul lelucon dikalangan tentara bahwa inisial tersebut adalah kepanjangan dari “Uncle Sam”, yang memasok produk bukan United States. Dari waktu ke waktu, diyakini, apa pun yang ditandai dengan inisial yang sama (milik Angkatan Darat sebanyak itu) juga menjadi dikaitkan dengan namanya. Sejak saat itulah United States menjadi identik dengan Uncle Sam. Istilah ini semakin dikenal ketika dalam Perang Dunia I (1914-1918) seorang ilustrator dan designer poster Amerika bernama “James Montgomery” mengadopsi nama Uncle Sam dan mengadaptasinya menjadi sebuah propaganda ke dalam sebuah poster berwujud kartun. Sosok Uncle Sam digambarkan memiliki jangggut pendek,topi panjang ala tukang sulap dengan gambar bintang di tengah topinya sambil memakai jas berekor ala conductor musik classic lalu lalu tangannya menunjuk dengan tulisan dibawahnya “I Want You” . Maka lengkaplah asosiasi ”Uncle Sam” sebagai simbol Amerika Serikat.
Dengan demikian, maka istilah ”Uncle Sam” sama sekali tidak bernuansa ideologis. Melainkan istilah tersebut, hanyalah sebuah istilah biasa, sama seperti istilah kota banyuwangi dan sebagainya. Terkadang kita terlalu memikirkan hal yang rumit dan global, padahal banyak hal yang terjadi di atas muka bumi ini terjadi karena hal-hal yang sepele dan kecil.
Guru saya, sejarawan senior, RZ Leirissa pernah berkelakar bahwa sebab penjajahan belanda di Indonesia adalah hal sepele, yaitu karena Ibu-ibu. Hal ini karena ibu-ibu di Eropa membutuhkan rempah-rempah untuk mengawetkan bahan makanan, karena suhu di Eropa yang ekstrim. Untuk itulah, untuk memenuhi keperluan ibu-ibu, para laki-laki mereka pergi berlayar mencari rempah-rempah hingga sampai di nusantara (indonesia), dan karena mereka merasa nyaman di Indonesia lama kelamaan mereka tidak mau pulang bahkan menguasai dan tinggal beranak-pinak di Indonesia.
Sungguh banyak hal-hal kecil yang luput dari perhatian kita dan justru karena hal kecil itulah dunia menjadi semakin berwarna!
Okay, aku rase korang dah bace apa yang aku dapat dari internet, tapi itu baru dari sengelintir pendapat tapi ada yang mengatakan yang Uncle sam ini orang yang serupa dengan Samiri atau Dajjal, korang bace lah yang selanjutnye..


1.  Kisah Samiri terdapat dalam Alquran surah Thaha ayat 85-91 dan ayat 95-98.

Adakah anda tahu bahawa samiri telah mengikuti nabi-nabi sepanjang hidupnya kecuali Nabi Muhammad SAW ianya tidak dibenarkan.

2.  Siapa Itu Uncle Sam, Uncle Sam Adalah Samiri - Dalam berbagai sumber Samuel Wilson atau "Uncle Sam" juga bisa dikaitkan dengan Samiri, orang yahudi yang diceritakan mempunyai kemampuan super dapat mengubah apapun dan memiliki kecerdasan tinggi. Uncle Sam bisa berupa singkatan dari Uncle Samiri juga, samiri yang hidup pada zaman nabi musa itu digambarkan bermata satu hidup pada zaman nabi musa, memang diberi oleh Allah kemampuan yang melebihi manusia normal untuk menguji akhlak manusia. Apakah Uncle Samiri ini memang pernah hidup pada zaman nabi Musa atau hanya merupakan cerita perlambang dari sifat manusia yang cenderung mem*****i, menyamar, mengakali tergantung dari pemahaman dan keyakinan kita juga.

Siapa Itu Uncle Sam, Uncle Sam Adalah Samiri

Dajjal, dalam pemahaman saya adalah sifat,perlambang dari sifat yang dimiliki oleh Samiri jika dilihat dari arti kata Dajjal yang sudah dikenal dalam bahasa arab sejak 400 tahun SM. Samuel Wilson yang merupakan asal usul sebuatan Uncle Sam untuk Amerika Serikat memang menjadi orang penting dalam pergolakan di Amerika Serikat yang kini menjelma menjadi negara superpower, namun Uncle Sam diartikan menjadi Uncle Samiri oleh kalangan islam untuk menggambarkan Amerika Serikat mempunyai sifat dajjal sebagaimana yang dimiliki oleh Samiri yang diplesetkan menjadi Uncle Samiri.

Sumber

3.  Anda pasti sudah biasa melihat simbol 'S' gambar diatas. Simbol dari watak fiksyen bernama Superman ini begitu popular di seluruh dunia. Dari filem Superhero tersebut, tahukah anda jika disebalik simbol dan filem tersebut tersimpan idea cemerlang tentang kejayaan kaum Yahudi sebagai "Manusia Pilihan Tuhan" dan manusia lain tidak sempurna?

Jerry Siegel dan Joe Shuster, dua orang keturunan Yahudi di sebalik pembuat tokoh Superman, dengan bijak membingkai idea ini secara halus dalam gaya penyajian yang enak dinikmati oleh siapa saja.

Simbol huruf "S" pada gambar di atas banyak mempunyai erti. Tetapi yang lebih dekat maknanya adalah SION dan Samiri. Untuk Sion, semua orang tahu kalau ini adalah bukit yang ingin dikuasai semata oleh Yahudi dalam gerakan Zionis. Dan gerakan ini berasal dari nama Sion.

Samiri, adalah tokoh sempalan dari Bani Israel yang menentang misi Nabi Musa. Samiri inilah yang menjadi awal idea pemberontak tauhid dan menyimpan ilmu sihir besar yang sehingga kini masih dijaga oleh sebahagian Yahudi sebagai ilmu rahsia bernama Kabbalah. Dan nama Samiri ini pula diduga sebagai nama panggilan lain untuk tanah Amerika Syarikat yang dikuasai secara ekonomis dan politik oleh Yahudi. Dan nama lain dari Amerika Syarikat adalah Uncle Sam yang mana kata Sam adalah singkatan dari Samiri.

Adakah analisa sederhana tentang ideologi zionis dalam Superman ini bualan? Mungkin bagi anda yang sudah begitu senang dengan dunia fiksyen ini adalah bualan belaka. Tetapi jika anda secara cermat memperhatikan nama dari asli dari Superman iaitu KAL-El, maka anda akan terkejut bahawa nama tersebut sangat ber-Yahudi sekali.

Menurut bahasa Ibrani, bahasa yang digunakan oleh Yahudi, kata EL bermaksud Tuhan (God). Dan nama EL selalu berkaitan dengan Tuhan, oleh kerana itu ada beberapa nama menggunakan akhiran EL iaitu Israel, Samuel dan Michael.

Setelah penulis memeriksa erti KAL dalam kamus online di Babilon tidak terdapat makna khusus dari kata ini.Hanya saja setelah diperiksa dari beberapa kaitan nama ini, KAL ertinya ke dalam bahasa Inggeris adalah nama sayuran iaitu kubis dengan ciri khasnya iaitu daunnya yang kerinting melengkung. Ini tepat sekali dengan ciri khas dari Superman ketika berubah dari Clark Kent ke Superman dengan perubahan pada kacamata dan bentuk rambut. Superman tidak menggunakan kacamata dan bentuk rambut khas: rambut melengkung berbentuk huruf S. Perhatikan perbedaanya di gambar berikut ini:

Menurut ideologi zionis yang berpunca pada Talmud (baca juga artikle penulis tentang Talmud ini di seri Yahudi: Bermula di Mesir Berakhir Di Palestin), bangsa Yahudi adalah manusia pilihan Tuhan yang sepatutnya hanya merekalah yang menguasai dunia ini. Sebagai manusia pilihan, mereka memiliki hal-hal khusus yang tidak dimiliki oleh bangsa lain.

Ideologi ini dibungkus secara baik dalam komik Superman. Yahudi memang perkasa dalam sosok Superman dan ideologi Zion terus terusung dalam huruf S yang ketara.

Sampai di sini mungkin anda masih tidak percaya apa yang penulis sampaikan. Tetapi fakta telah bercakap secara lancar dalam filem dan komik tersebut serta sejarah yang sedang kita jalani ini.

Komik Superman tetaplah dibungkus untuk penggunaan komersial maka dibuatlah cerita berseri yang cukup panjang, tetapi disebalik itu tersimpan agenda besar dari Yahudi: Merekalah yang diperlukan ole manusia bukan Yahudi untuk menyelamatkan dunia ini dan bukan bangsa lain.

4.  Watak-watak hero sebagai juruselamat akhir zaman...yang mempunyai kuasa Supernatural...

__________________

“Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (Al-Qur’an) dan sunnahku.” (HR Malik bin Anas dalam al-Muwattha' - no: 1619)

Okay, setakat ini.. baru ini saja maklumat yang aku dapat, tapi sebenarnye banyak lagi yang tersiratdalam kisah ini..
apapun, terima kasih sebab sudi kunjung untuk baca cerita dari blog ini..
sebelumkorang abis baca, aku nak nasihat.. apa yang tertulis kisah ini belum ada bukti yang betul-betul kukuh, korang boleh baca.. tapi jangan percaya 100%, okay? :) 
terima kasih awakks..huhu