Jumaat, 9 November 2018

Kali ke 3

Hari ini aku belajar apakah itu perjuangan, maksud aku bukan perjuangan berkorban di medan perang ataupon pelajaran tapi perjuangan untuk teruskan hidup walaupun di kecewa kan berkali-kali. kadang2 pelikkan nak bercerita tentang perkara2 macam ni tapi aku just share pengalaman aku sebab setengah orang berhenti untuk hidup kerana di kecewakan.

Kali ni aku nak cerita tentang orang ke tiga yang aku harap adalah orang terakhir dalam list peneman hidup untuk dijadikan isteri..
Okay aku jujur, before aku kenal orang ketiga aku ada 2 kali bercinta tapi pengakhiran yang sama, aku tetap dikecewa, kadang2 persoalan selalu bermain di fikiran aku bercampur dengan emosi yang entah datang dari mana yang akan buatkan hidup aku selalu resah, sedih, kecewa, tapi untuk orang yang ketiga ataupun aku berharap dia orang terakhir dia seorang yang Allah hantar sebagai satu nikmat dan ujian ataupun buleh dikatakan nikmat Allah dalam ujian.

Okay, dari sini bermulanya perkenalan aku dengan dia. AKu kenal dia sebagai seorang kawan, kawan untuk team silat aku di uni aku. Nak dijadikan cerita, aku ni pon bermain silat tapi silat olahraga. Antara sebab aku masuk silat, aku berharap Allah mudahkan aku dengan seni pertahan diri or ilmu yang aku dapat dari silat untuk untuk lindung orang yang aku sayang termasuk keluarga aku yang tercinta. Jadi dari sini episode hidup aku mula berubah sikit demi sikit.

Pada pandangan aku, dia tidaklah terlalu cantik tapi aku percaya satu pengangan, cantik luaran bukan segalanya dan tu buktikan aku terima dia bukan pada luaran dia tapi diri dia. Aku seorang yang tak mudah tertarik pada luaran. Maybe aku akan pandang perempuan tapi pandangan aku bukan menunjukan aku minat or anything tapi just padangan kosong but tulah perempuan, pantang nampak partner pandang perempuan lain terus fikir lain but diorag bolah pulakkan.. 😏 tepuk dada tanya diri (huhu). But tulah menunjukan dia sayang aku, pada mula maybe aku rimas bila ada pasangan yang kuat cemburu tapi aku selalu tanya diri, cemburu tanda cinta tapi perlu ada dengan kepercayaan. Jadi aku mula sikit2 terima sikap dia tu, lama2 aku jadi jaga pandangan aku. yee.. hidup dia dalam hidup aku sedikit sebanyak mangajar juga something pada aku.

Aku kenal dia seorang yang pendiam pada mulanya, dia jenis just bertegur dengan orang yang dia kenal or dia nak kenal and dia seorang yang friendly but something wrong dengan kawan-kawan dia mostly lelaki. Hmm.. tu buatkan aku selalu insecure bila jadi partner dia antara sebab aku tak suke bercinta dengan orang yang cantik or terkenal sebab terlalu ramai lelaki yang nak mencuba nasib even lelaki tu sudah ada pasangan. Jadi aku cuma berharap dan sentiasa doa dia jadi yang terakhir untuk aku. Tapi hidup ni kita mampu merancang tapi Allah menentukan. Aku tak boleh salahkan takdir atas apa yang berlaku. Then, dari team silat tu aku mula rapat sikit demi sedikit tapi time tu aku tahu dia memang ada partner dia. Budak sama kelas but bagi aku its okay berkawan dan aku pon anggap dia kawan kalau dia jadi partner aku pon aku bukan jenis kuat cemburu, yang penting dia tahu jaga diri and kepercayaan aku. But after beberapa bulan, hubungan dia dengan partner dia terganggu. aku pon tak tahu sebab apa tapi yang aku tahu bukan sebab aku maybe ada topik antara diorang. Yang aku tahu partner dia tu kuat jeles.

After that episode, ak dijadikan cerita diorang break. Break berpunca dengan sikap ego masing2.. tu yang aku tahu. Masing2 bebalas untuk menentukan nasib masing2. After that, aku pelik satu perkara dengan dia.. dia boleh hidup dengan lupakan semua apa yang jadi.. maybe hidup dia terlalu sedih untuk diingat. Sometime we need to learn forgeting to live.. aku faham apa yang jadi pada hidup dia.. then aku tahu dia perempuan yang kuat dan dari situ aku start untuk tahu dia tu jenis macam mana but something yang buat aku perasan tentang dia, dia mula untuk lebih dekat dengan aku or lebih rapat,  aku nampak effort dia untuk rapat dengan aku tu. That my ability.. maybee.. huhu.. aku senang untuk nampak action in emotion.. entahlah nak explain pon tak reti.. ibarat kawan kaw sedih ke but aku senang nampak but aku jenis face to face untuk bercerita.. thats me.. but sometime kadang2 aku pun ada masa down, time tu jangan harsp aku untuk faham orang lain sebab aku perlu faham keadaan aku dulu 😅. Dari situ aku start hati aku berbunga, tapi masih ada persoalan dalam minda aku, aku masih tak tahu dia jenis perempuan yang macam mana.

Selepas hari2 seterusnya, kita orang mulalah episode cinta. Aku mula dari seorang kawan hinggalah bercinta. Bagi aku bercinta bukan satu permainan ataupon untuk mengisi masa lapang tapi bercinta tu satu pengorbanan taupon komitmen yang perlu kaw tambah dalam hidup dan tu buatkan aku bukan jenis yang suka cari pasangan dan lebih suka single sambil fokus kejaya aku. Dari situ dia termasuklah dalam list untuk dijadikan pasangan, aku mula percaya dia sepenuh hati aku dan aku percaya dengan mana2 lelaki pon dia cuma kawan. Itu buatkan aku tak halang dia untuk berkawan dengan sesiapa sebab aku percaya dia dan macam tu juga dia tapi mula2 normalah dialah orang paling kuat cemburu even aku bergurau manja dengan kawan lelaki aku, kadang2 bila kenangkan balik perangai dia buatkan aku tergelak sorang. Sikit2 aku kenal dia tu macam mana dan dia mula untuk percaya aku dengan cerita semua tentang hidup dia dari first dia mengenal erti cinta sampailah dia jumpa aku jadi aku ni bukanlah orang pertama yang dia bercinta tapi untuk aku aku tak kisah aku no. berapa dalam list dia yang penting aku orang terakhir dalam hidup dia dan orang yang akan jaga hidup dia sehidup semati. Jadi dari situ aku tahu seluruh cerita dia macam dia di permainkan harapan dan hati, macam lelaki ambil keselamatan dari kelemahan dia but dari seluruh kisah sedih hidup dia dari zaman kegelapan dia sampailah dia jumpa aku. Aku terima dia seadanya dan seikhlas hati aku tanpa aku tanya kenapa. Jadi aku tahulah dia ni perempuan yang macam mana tapi kalau untuk orang yang jenis cari yang kesempurna or ada segalanya orang tu mesti takkan terima dia. Untuk aku, aku terima dia kerana aku berazam dalam hati aku nak jaga dia sehidup semati aku dan aku nak dia berubah jadi lebih baik dengan aku. Aku mengaku aku bukan seorang yang tinggi ilmu agama tapi yang aku tahu aku memang tak pernah sentuh bukan muhrim aku.

Dari sini, hidup aku semakin mencabar. Aku tak tahu aku kenal dia or tak sebenarnya. Dia ibarat menambah persoalan difikiran aku, kadang2 aku tak tahu macam mana nak percayakan dia. Aku cakap macam ni ada sebab tapi aku tannak cerita. Aku mula tak buleh nak bezakan dia kalau dia tipu aku or jujur dengan aku but aku tetap percayakan dia dalam hati aku bialah nampak bodoh sebab percaya tapi oneday dia akan tahu aku percaya bukan sebab aku tak terfikir tapi aku percaya sebab cinta. Sikit2 dia mula tunjuk diri dia but aku tetap terima sikap dia.. yee aku berazam nak didik dia jadi seorang yang solehah even hidup dia terlalu sakit untuk diukir dan tu bukan alasan untuk aku tak terima dia dan percaya dia. Tak ramai lelaki yang ikhlas kalau tahu tentang hidup dia tapi niat aku ni Allah saja tahu.

Suatu hari, kita orang gaduh.. mula2 gaduh sikit2.. kadang2 aku tertanya kite orang gaduh disebabkan perkara remeh but mostly memang aku mengalah setiap kali gaduh even aku tak tahu kenapa aku mengalah, maybe sebab aku tannak besarkan topik yang kecil. But she still the one i choose in my heart fr being wife, then perkara jadi rumit.. kadang2 aku selalu kena mara dan dia tengking aku tapi aku tak Pernah tinggi suara dari dia dan aku tak pernah balas dia dengan apa2 melainkan aku cume nasihat satu je, aku pesan supaya bersabar dan kadang dia ada mengata aku but aku tannak ingat tentang keburukan orang.. thats me.. jadi selepas je gaduh aku terus lupakan apa yang jadi sebab aku tannak gaduh lagi but she not, dia still ingat even aku ada buat salah walaupun aku buat tu bukan sengaja.

Nak di pendekan cerita, dia sendiri tahu macam mana aku berkorban dan bersusah untuk jaga dia, ada masa dia sakit, ada masa dia tak ada duit, dan kalau dizinkan Allah untuk aku ada setiap kali dia susah aku sanggup tolong walaupun ia perlukan pergorbanan dan masa sebab aku betul2 sayang dan cinta kerana Allah. Tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku.

Sampailah satu saat, kite orang balik untuk cuti sem dan keadaan macam biasa tapi ada sesuatu yang aku tak tahu apa sebalik hati dia dan dalam waktu cuti tu aku terus jumpa parents dia dan berkenalan dengan family dia. Sebab aku pernah cakap aku nak berkahwin dengan dia, yee keluarga dia keluarga yang senderhana sama macam keluarga aku dan tu antara alasan aku berkerja sambil belajar dan aku terpaksa strugle dengan belajar aku.. aku bukan jenis yang pandai and skor setiap kali exam.. aku jenis yang slow.. tapi bila aku ingat aku mampu ingat lebih lama dari orang lain.. aku rasa bukan aku sorang je tahu tentang ni.. tapi antara sebab aku berkerja sambil belajar aku tannak susahkan parent aku semata untuk bagi duit pada anak dia ni. Dalam waktu cuti tu aku bekerja sambilan sebab aku nak kumpul duit, yee duit tu untuk perkahwinan aku.. walaupun sepatutnya waktu cuti waktu untuk aku spend time dengan family aku tapi aku dah janji untuk berkahwin dengan dia. Masa aku nak kerja ibarat Allah permudahkan, tapi ada yang cuba merumitkan.. yup.. pasangan aku sendiri.. dia berubah sekelip mata dalam tempoh cuti tu. Dia tahu aku bekerja untuk kumpul duit kahwin, dia tahu aku ikhlas dengan dia, dia tahu aku percaya dia, dia tahu aku serius hubungan dengan dia, tapi hati dia.. dia simpan seseorang selain aku.. dia berjanji tapi dia mungkiri, masa tu bila aku tahu dia nak tinggalkan aku tanpa sebab hati aku jadi kosong.. aku rasa macam aku tak bernafas. Dalam kisah hidup dia, dia ada cerita semua orang yang dia pernah cinta tapi semua tinggalkan dia but untuk cerita aku.. aku di tinggalkan, aku percaya dia, aku yakin dengan dia tapi dia balas dengan memberi sayang tapi dia juga yang memberi derita. Aku selalu salahkan diri aku, sebab aku persoalkan apa yang berlaku.. adakah salah aku dia jadi macam ni? Apa yang aku buat? Terlalu banyak kata2.. selama 2 bulan aku bercuti 2 bulan aku merana. Aku tahun Allah saja tampat mengadu tapi hati aku terlalu banyak nanah dan ia perlu di keluarkan. Aku perlukan tempat untuk cerita dan orang pertama aku cerita my ummi.. Then my bff..

Jadi aku pendekan cerita, dari apa yang jadi, aku belajar sesuatu. Janji bukan lagi alasan or bukti untuk mengatakan seseorang itu setia dan hidup bersama tapi usaha atau effort someone.. aku mula sedar selama aku dengan dia cuma aku yang terlalu beriya untuk bekerja halalkan dia. Tapi dia tinggalkan aku dalam keadaan aku perlukan kata2 semangat. Dia lupakan aku dalam beberapa hari tapi aku menderita berbulan bulan. Aku redha apa yang jadi tapi apa yang berlaku ni aku tak mampu lupakan.. sebab Allah hadiahkan aku satu parut dalam hati dan fizikal aku.. dalam masa yang sama hati aku terluka oleh pasangan aku dan dalam masa sama ak eksiden dalam masa aku cari duit untuk halalkan dia. Aku eksiden tapi rahsiakan dari dia.. sebab aku tannak dia risau tentang aku tapi aku tak sedar..  tu cuma imaginasi aku dan sekarang aku bangkit dan aku sedar.. kite merancang Allah menentukan.. dan pegang prisip ini.. janji bukan bukti setia, gajah bila hidup memijak semut tapi bila mati semut memakan gajah, orang baling batu kita beri bunga, bila kita sakit bukan alasan untuk kita mnyakinkan yang lain, cinta tu pengorbanan bukan kata2, dalam cinta ada 2 ia kepercayaan dan kesetiaan, jangan salahkan api jika kita terbakar tapi salahkan diri kerana kita yang menyalakan api, kalau terbakar oleh api yang sama bukan menyalahkan api tapi belajar dari kesilapan kerna tetap terbakar jika tidak belajar dari kesilapan, semua orang perlukan peluang kedua untuk bahagia, dan yang terakhir.. Aku sudah lakukan yang terbaik bia Allah menilainya jangan kaw kerna kaw cuma tahu mnyakiti.

Kisah hidup aku,
Abu